Menu ✖

Mode Gelap
PRIMA DMI Langsa Genap 2 Tahun, Puluhan Elemen Diberi Apresiasi atas Dukungan kepada Remaja Masjid Wali Kota Langsa Buka PKRM 2026, Ketua PRIMA DMI Langsa Dorong Masjid Jadi Benteng Moral Generasi Muda LMB Kepri Kota Batam Mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Provinsi Kepulauan Riau Ke-24 Tahun Hadiri Paripurna Hari Jadi ke-24 Kepri, Wawako Ariza Ajak Perkuat Kolaborasi untuk Kemajuan Daerah Sekolah Terintegrasi Merah Putih di Rempang Mulai Dibangun, Ditargetkan Rampung Akhir Tahun 2028 Perkuat Ekosistem Inovasi, Batam dan Surabaya Teken Kerja Sama

Batam

Panglima Sulung Lukman Hakim LMB KEPRI KOTA BATAM Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Timbalan Dato’ Laksmana Zakaria

badge-check


					Panglima Sulung Lukman Hakim LMB KEPRI KOTA BATAM Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Timbalan Dato’ Laksmana Zakaria Perbesar

Faktabatamnews.com. Batam- Warna-warni adat Melayu kembali hidup dalam majlis pernikahan anak Timbalan Dato’ Laksmana Zakaria yang berlangsung meriah di Batam, Kepulauan Riau. Majlis penuh barakah itu turut dihadiri oleh Panglima Sulung LMB KEPRI KOTA BATAM, Lukman Hakim, beserta seluruh jajaran pengurus yang datang memberikan penghormatan dan doa restu.

Ketibaan Panglima Sulung dan rombongan disambut secara adat yang penuh kehormatan. Paluan kompang menggema menyambut kedatangan tetamu, disusuli persembahan silat oleh pesilat muda tempatan sebagai simbol keberanian, adab, dan semangat juang orang Melayu. Suasana khidmat bercampur kegembiraan terasa sejak di halaman kediaman majlis.

Hadir bersama dalam rombongan ialah Timbalan Satu dt. Januarja, Timbalan Setiausaha Datin Sri Hastuti, dan Timbalan Bendahara Datin Trisna beserta jajaran. Kehadiran barisan pimpinan ini menunjukkan komitmen persatuan dalam menguatkan silaturrahim sesama ahli dan masyarakat. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato’ Laksamana Tengku Sopian, selaku tetamu kehormat, bersama para hulubalang dari berbagai kecamatan yang ditugaskan secara sukarela membantu menjaga kelancaran, ketertiban, dan keamanan sepanjang acara berlangsung.

Dalam ucapan ringkasnya, Panglima Sulung Lukman Hakim menyampaikan rasa syukur dan penghargaan kepada tuan rumah atas undangan yang diberikan. Beliau menekankan bahawa kehadiran LMB KEPRI KOTA BATAM bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi juga sebagai bentuk tanggungjawab menjaga nilai kekeluargaan dan adat istiadat Melayu.

> “Semoga ikatan suci ini diberkati Allah SWT, menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah. Semoga kedua mempelai dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Jadikanlah adat dan agama sebagai pegangan dalam membina rumah tangga,” ujar beliau di hadapan tetamu yang hadir.

Panglima Sulung turut memberikan apresiasi tinggi kepada para hulubalang yang turun langsung membantu pengamanan acara. Menurut beliau, semangat gotong-royong, disiplin, dan tanggungjawab menjaga adat inilah yang menjadi kekuatan utama masyarakat Melayu di KEPRI agar terus bersatu dan dihormati.

Majlis berlangsung dalam suasana kekeluargaan yang akrab. Hidangan tradisional disajikan, tetamu saling bersilaturrahim, dan gelak tawa memenuhi ruang majlis. Kehadiran tokoh-tokoh adat dan pemuda Melayu dari berbagai kecamatan memperlihatkan bahawa nilai gotong-royong dan perpaduan masih hidup subur di tengah masyarakat.

Kehadiran LMB KEPRI KOTA BATAM bersama Dato’ Laksamana Tengku Sopian dan barisan hulubalang sekali lagi menegaskan peranan persatuan sebagai wadah pelestarian budaya, penghubung silaturrahim, dan penjaga maruah masyarakat Melayu di Kepulauan Riau. (Red)

Facebook Comments Box

Baca Lainnya

LMB Kepri Kota Batam Mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Provinsi Kepulauan Riau Ke-24 Tahun

24 September 2026 - 19:41 WIB

Sekolah Terintegrasi Merah Putih di Rempang Mulai Dibangun, Ditargetkan Rampung Akhir Tahun 2028

24 September 2026 - 16:05 WIB

Perkuat Ekosistem Inovasi, Batam dan Surabaya Teken Kerja Sama

24 September 2026 - 16:01 WIB

Hari Jadi Kepri, Amsakar Tekankan Kolaborasi dan Pembangunan Berkelanjutan

24 September 2026 - 13:55 WIB

Supriyadi Solidkan Barisan dukung Amsakar Achmad Pimpin MD KAHMI Batam Periode 2026-2031.

23 September 2026 - 17:22 WIB

Trending di Batam